Monday, July 21, 2008

kisah pokok epal



suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. dia memanjat pokok tersebut , memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat di perdu pokok epal tersebut. budak lelaki begitu menyayangi tempat permainannya. pokok epal itu juga menyukai budak lelaki tersebut..





masa berlalu..budak lelaki itu sudah besar dan menjadi remaja. dia tidak lagi menghabiskan masanya dengan bermain-main di sekitar pokok epal itu. namun begitu ,suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.





'marialh bermain- main disekitarku' ajak pokok epal itu.





'aku bukan lagi kanak-kanak,aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau'jawab budak remaja itu.





'aku mahukan permainan,aku perluakn wang untuk membelinya' tamabha budak remaja itu ddengan nada sedih.





lalu pokok itu berkata,'kalau begitu kau petiklah epal-epal yang ada padaku. jualkannya untuk mendapatkan wang. dengan itu,kau dapat membeli permaianan yang kau inginkan.





budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dan pergi dari situ. dia tidak kembali lagi selepas itu.pokok epal merasa sedih.








masa berlalu.....





suatu hari budak remaja itu kembali. dia semakin dewasa.pokok epal itu merasa gembira.





'marilah bermain-main di sekitarku' ajak pokok epal itu.





'aku tidak ada masa untuk bermain. aku terpaksa pergi bekerja untuk mendapatkan wang. aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluarga ku.bolehkah engkau membantu ku? tanya budak itu.





'maafkan aku. aku tidak mempunyai rumah untuk ku berikan kepadamu,tetapi kau boleh memotong dahan ku untuk kau jadikan rumah daripadanya.pokok epal itu memberi cadangan.





lalu,budak itu pun memotong dahan pokok epal itu,dan pergi dari situ dengan gembirannya. pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.





suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.dia telah matang dan dewasa.





'marialh bermain-main di sekitarku' ajak pokok epal itu.





'maafkan aku,tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. aku sudah dewasa. aku mempunyai cita-cita untuk belayar tetapi aku tidak mempunyai bot. bolehkah kau menolongku?' tanya lelaki itu.





'aku tidak mempunyai bot untuk aku berikan kepada mu, tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. kau akan dapat belayar dengan gembira cadang pokok epal itu.





lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu.dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.





namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin di makan usia, datang menuju ke pokok epal itu. dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.





'maafkan aku, aku tidak ada apa-apa lagi untuk ku berikan kepadamu. aku sudah memberi buah ku untuk kau jual, dahan ku untuk kau buat rumah, batangku untuk kua buat bot.aku hanya ada akar yang hampir mati,' kata pokok epal itu.





'aku tidak lagi ingin buah mu ,kerana kau sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak lagi mahu dahanku kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokok mu kerana aku tidak berupaya lagiuntuk belayar. aku merasa penat dan ingin berehat ' jawab lelaki itu


'


'jika begitu, berehatlah diperduku'cadang pokok epal itu





'lalu lelaki itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.mereka berdua menangis kegembiraan.





daripada cerita dia atas apa yang anda dapat ulaskan..





hantar la komen anda..

No comments: